Saturday, 4 March 2017

Adakah Perlanggaran EtikA di Situ?

Adakah perlanggaran etika di situ?

Pada pendapat saya, setelah mengamati situasi yang diberikan, terdapat perlanggaran etika di situ. Ianya bermula dengan selepas Syarikat Sedap dapat mengetahui strategi perniagaan Syarikat Enak. Strategi Syarikat Enak ialah membeli semula semua botol minuman yang telah digunakan dari kilang pengumpulan botol terpakai untuk dijual semula. Selepas Syarikat Sedap mengetahui strategi perniagaan Syarikat Enak, Syarikat Sedap bertindak untuk membeli semua jenama botol minuman terpakai dari semua kilang pengumpulan botol dan menghapuskan semua botol tersebut. oleh hal yang demikian, Syarikat enak tidak dapat meneruskan aktiviti pembuatan air minuman kerana tidak mempunyai bekalan botol-botol minuman. Tindakan yang yang dibuat oleh Syarikat Sedap telah menyebabkan proses perkilangan Syarikat Enak terpaksa dihentikan dalam waktu jangka masa yang panjang. Hal ini demikian kerana untuk mendapatkan kembali bekalan botol minuman dari kilang pengumpulan botol tersebut memerlukan masa selama sebulan. oleh hal yang demikian, Syarikat Enak telah mengalami kerugian. Tambahan lagi, pekerja-pekerja di Syarikat Enak terpaksa mengambil cuti tanpa gaji kerana tiada input dan output untuk dihasilkan. Ia telah merugikan semua pihak di Syarikat Enak. Perkara ini diibaratkan seperti 'menutup periuk nasi' orang lain. Pada saya, tindakan ini adalah suatu perlanggaran etika kerana tindakan ini telah merugikan pihak yang lain.