Monday, 27 February 2017

IDEA PERNIAGAAN

(i) OBSERVE PERSEKITARAN



Nama saya Amira. Saya seorang mahasiswi tahun pertama yang mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti dengan Kepujian di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. saya mempunyai ramai kawan daripada pelbagai jurusan dan saya juga memiliki pelbagai 'Whatsapp Group' di dalam aplikasi telefon pintar saya. ramai ahli kumpulan aplikasi Whatsapp yang menyebarkan iklan perniagaan dan menyatakan bahawa penghantaran barang dan produk adalah percuma di setiap inasis. ramai rakan saya juga mula menjinakkan diri ke dalam dunia perniagaan dengan memulakan bisnes kecilan di dalam universiti ini, namun begitu, mereka mula mendapat komen negatif daripada pelanggan yang juga terdiri daripada kalangan mahasiswa dan mahasiswi di universiti ini bahawa penghantaran barangan sangat lambat dan tidak menepati masa yang telah dijanjikan. ramai rakan saya yang menjalankan perniagaan mengeluarkan keluhan dan merungut memikirkan bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah tersebut. selain daripada itu, saya juga mendapati ramai kawan saya yang mengeluh memikirkan bagaimana cara untuk menghantar atau mengirim barang kepada rakan mereka yang lain yang tinggal di inasis yang sangat jauh daripada inasis rakan saya. kadang kala, penghantaran barang itu memerlukan waktu yang panjang untuk disampaikan.


(ii) PERTUKARAN MASALAH KEPADA PELUANG.



apabila saya menganalisis masalah yang dihadapi oleh rakan-rakan saya, saya melihat satu peluang untuk saya membuat perniagaan. saya sedar kehidupan sebagai seorang mahasiswa universiti tidaklah seindah seperti orang luar fikirkan. masalah kewangan itu sudah menjadi perkara biasa untuk mahasiswa dan mahasiswi di universiti. tambahan pula, saya mempunyai banyak masa lapang dan saya lebih kepada menonton cerita di komputer riba, mendengar lagu, bersiar-siar bersama rakan, dan selebihnya saya lebih suka tidur. oleh itu, saya memikirkan tentang peluang yang terbentang luas disepan mata saya ini. jika saya tidak merebut peluang ini, saya sendiri yang akan rugi. saya mula merasakan bahawa tidak salah kalau saya mengambil kesempatan diatas masalah yang dihadapi oleh rakan-rakan saya. saya mula memikirkan untuk memulakan perniagaan dalam bentuk perkhidmatan sambil dapat menambah pendapatan wang saku saya.



(iii) PERTUKARAN PELUANG MENJADI IDEA PERNIAGAAN




setelah saya memikirkan peluang tersebut, saya membuat keputusan untuk memulakan perniagaan sebagai seorang 'RUNNER' di universiti ini. saya menyatakan cadangan saya ini kepada rakan-rakan saya terutamanya yang membuat perniagaan, meteka menyokong cadangan saya dan melantik saya sebagai 'RUNNER' mereka. saya berasa sangat teruja untuk memulakan perniagaan ini. tambahan lagi, saya mempunyai motosikal kepunyaan keluarga yang diposkan ke sini untuk kegunaan harian saya. dengan kemudahan yang saya miliki, memudahkan saya untuk menjalankan perniagaan saya sebagai seorang 'RUNNER' dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakan-rakan saya. Alhamdulillah, kini saya boleh menjana pendapatan wang saku saya sendiri sebagai seorang mahasiswi di universiti ini. semoga Allah mempermudahkan segala urusan saya dan rakan-rakan saya yang lain. moga ada keberkatannya. AMIN..





KISAH DISEBALIK GAMBAR


 Apakah kisah yang dapat dikongsi bersama di sebalik gambar ini?

GAMBAR I :Pencemaran Air

Kisah yang kita dapat kongsi daripada gambar diatas ialah pencemaran alam sekitar yang berlaku akibat perbuatan zalim manusia. Gambar diatas menjelaskan tentang pencemaran air yang terjadi disebabkan pembuangan sisa toksik dan minyak dari sistem perkilangan yang berdekatan dengan persisiran laut. Memang tidak dinafikan bahawa sistem perkilangan adalah salah satu penyumbang terbesar dalam menjana pendapatan negara. Namun begitu, pembangunan dan pemprosesan sistem perkilangan memerlukan gambaran dan kajian yang lebih teliti dan mendalam sebelum beralih kearah fasa pembinaan dan pelaksanaan. Hal ini demikian kerana manusia hidup bersama-sama dengan alam sekitar. Alam sekitar juga perlu mendapatkan hak dan memelihara serta memulihara kebersihan alam sekitar adalah dibawah tanggungjawab manusia yang diciptakan untuk menjadi khalifah di bumi.


Adakah situasi yang berlaku mempunyai perkaitan dengan amalan etika?

GAMBAR II: Pencemaran Udara

Adakah situasi yang berlaku mempunyai kaitan dengan amalan etika? Jawapannya adalah ya. Kenapa saya berkata begitu? Hal ini demikian kerana pencemaran berlaku boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Antara faktornya adalah pelepasan asap kenderaan yang mengandungi Karbon Monoksida, pelepasan asap secara berleluasa oleh perkilangan, dan penebangan pokok di hutan secara besar-besaran tanpa had. Faktor-faktor yang disenaraikan mempunyai kaitan dengan amalan etika. Hal ini demikian kerana individu yang beretika akan memikirkan manfaat dan kemudaratan yang orang lain akan terima diatas perbuatan mereka. Perkara ini amat sinonim dengan seseorang yang bergelar usahawan. Seorang usahawan perlu memikirkan kebaikan serta implikasi kepada pelanggan terhadap produk yang mereka jual. Selain itu, seorang usahawan juga perlu memikirkan kebersihan alam kerana menjadi seorang usahawan sudah pasti akan mempunyai kilang untuk menghasilkan produk jualan. Usahawan perlu memastikan perjalanan sistem perkilangannya tidak memudaratkan alam sekitar supaya dapat berlaku adil terhadap hak manusia dan hak alam sekitar.


Apakah tafsiran anda  berkenaan keadaan ini?

GAMBAR III: Perbincangan


 
Tafsiran saya berkaitan keadaan diatas adalah lebih menjurus ke arah perspektif yang positif. Hal ini bermaksud gambar diatas menjelaskan tentang beberapa orang pekerja yang sedang berbincang untuk menyelesaikan tugasan kerja berkumpulan mereka. Mereka memerlukan ruang yang tidak dipenuhi oleh ramai orang dan hanya ahli kumpulan sahaja yang terlibat. Oleh itu mereka lebih gemar untuk memilih sebuah bilik persendirian di dalam pejabat sebagai tempat yang efisien untuk kemudahan berbincang dengan ahli kumpulan kerja. Tempat yang efisien untuk aktiviti perbincangan adalah amat penting bagi memudahkan pencurahan idea yang bernas selain dapat memberi keselesaan kepada individu-individu yang berada di tempat tersebut.

ADAKAH KEHIDUPAN KITA DIDOMINASIKAN OLEH WANG? ADAKAH WANG MEMPUNYAI KAITAN DENGAN AMALAN ETIKA?
    
GAMBAR IV: Wang
Adakah hidup kita didominasikan oleh wang? Pada saya, kehidupan kita sekarang bukannya didominasikan oleh wang, tetapi telah dikuasai sepenuhnya oleh wang. Mengapa saya berkata demikian? Hal ini demikian kerana manusia pada zaman moden kini memandang nilai wang itu pada martabat yang paling tinggi berbanding segalanya. Kita boleh melihat impak tersebut pada masa kini, ramai yang memperjudikan maruah diri, keluarga, harta benda dan segalanya semata-mata untuk mendapatkan jumlah wang yang banyak dengan menggunakan jalan pintas tanpa memerlukan usaha yang gigih dan telus. Demi nilai sekeping kertas, mereka sanggup menggadaikan masa depan semata-mata untuk meraih kesenangan dan kemewahan pada masa sekarang. Mereka tidak menyedari bahawa tindakan mereka yang tidak berperikemanusiaan itu akan memberi implikasi buruk yang sangat besar pada masa akan datang kelak.
Wang juga amat berkaitan dengan amalan etika. Hal ini demikian kerana bagi individu yang hidup berajakan iman dan akal fikiran, mereka akan menggunakan wang itu kearah aktiviti dan amalan yang beretika seperti memberi sedekah, memberi nafkah kepada keluarga, menunaikan tanggungjawab kepada agama, masyarakat da negara. Manakala, bagi manusia yang hidup berajalkan nafsu berbanding iman dan akal fikiran, mereka berasa wang itu adalah segalanya. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang yang banyak demi memuaskan kehendak nafsu yang sememangnya sifat nafsu itu memang tidak pernah akan puas.
Oleh itu, akal fikiran yang telah dianugerahkan oleh Allah hendaklah kita gunakan untuk berfikir antara positif dan negatif. Sememangnya wang adalah aset yang penting untuk kita gunakan namun janganlah sampai ke tahap hendak memperjudikan masa depan dan segalanya. Memang benar bahawa wang bukan segalanya tetapi segalanya memerlukan wang. Tepuk dada, tanya iman.

Saturday, 25 February 2017

Dropship Jualan Novel Semusim Di Barzakh

Set Combo

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM... (DAPATKANNYA SEKARANG)

BELI SEMUSIM DI BARZAKH DAN KETIKA AZAZIL BERPUTUS ASA AKAN DAPAT PERCUMA BUKU 300 KOMPILASI RAHSIA MENJADI LUARBIASA ]
.
"Saya tidak tahu kenapa saya boleh menangis begitu sekali, sentuhan jalan ceritanya luarbiasa" 
-Siti Aishah Jailani (Pembaca Buku SDB)

"Saya tak tau nak ungkap tentang bintang sirius, black hole, big bag semua tersusun dengan fakta yang meledak"
katanya. -Prof.Dr. Kman (Pembaca Buku KABA)
KOMBO SET ( BUY 2 FREE 1 "300 KOMPILASI RAHSIA MENJADI LUAR BIASA).
.
.
●KOMBO 1 - 1SDB + 1KABA Free 300 KRMLB
●KOMBO 2 - 2 Buah SDB Free 300 KRMLB
●KOMBO 3 - 2 Buah KABA Free 300 KRMLB.
.
JANGAN LUPA DAPATKAN.
PERCUMA BUKU 300 KOMPILASI RAHSIA MENJADI LUARBIASA HANYA UNTUK PEMBELI ONLINE SAHAJA. DI MPH Bookstore DAN KEDAI-KEDAI BUKU YANG LAIN TIDAK AKAN DAPAT PERCUMA YANG KAMI SEDIAKAN INI.
INI YANG MEMBEZAKAN KAMI DENGAN KEDAI-KEDAI BUKU DILUAR SANA.


Novel Ketika Azazil Berputus Asa

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM.. DAPATKANNYA SEKARANG!!

Dropship Novel: [ REJUVENASI DAJJAL KIAN HAMPIR : KETIKA AZAZIL BERPUTUS ASA ]
Benarkah Polisi terbaru Presiden Trump salah satu daripada Proksi terdekat kemunculan Dajjal?

Apa agenda yang cuba disembunyikan dan dirahsiakan oleh Amerika dan sekutunya Zionis Terlaknat?
Amerika Syarikat memiliki teknologi 10 tahun lebih canggih daripada yang dipertonjolkan sekarang, seperti yang pernah didedahkan oleh History Channel? Adakah teknologi Dajjal yang boleh merubah iklim dan cuaca dunia?
.
Ketahui pelbagai rahsia Dunia yang disembunyikan di dalam pengembaraan Professor Atheis yang mencari kebenaran melalui pembongkaran Al Quran yang bakal meledakkan minda anda.
JOM DAPATKAN KABA [ Ketika Azazil Berputus Asa ] agar misteri dunia akhir zaman dapat diselami dengan lebih mendalam.
INGIN MENDAPATKAN BUKU INI YANG SEKARANG INI SEDANG MENJADI JUALAN BUKU TERHANGAT DI PASARAN?
INGIN MEMBONGKAR SEGALA RAHSIA YANG KITA TIDAK PERNAH KETAHUI?



Novel Semusim Di Barzakh

Bismillahirrahmanirrahim.. DAPATKANNYA SEKARANG!!

SEBUAH MISTERI...............................
MISTERI YANG SUKAR DIRUNGKAIKAN , M/S 51-55. DIMENSI ANTARA DUA ALAM ? ]

Penulis ketika dihubungi, tidak menafikan "sesuatu" yang dimaksudkan itu adalah bentuk gangguan yang berlaku ketika penulis menghasilkan karya Novel SEMUSIM DI BARZAKH ini.
Perkara itu katanya juga antara sebab mengapa pembaca turut terkesan ketika melayari novel hasil tulisannya itu berikutan pihak kami mendapat maklumbalas yang sama dari rata-rata mereka yang telah membacanya. " Bila baca mukasurat tu, rasa macam ada dalam dimensi tu, benar-benar buat saya menghayati plot cerita dengan sangat baik". Menurut Amiera, beliau adalah peminat tegar pembaca novel,namun novel kali ini memang berbeza dari yang lainnya.
.
Penulis novel best seller semusim dibarzakh, Sdr HADI FAYYADH ketika dihubungi berkata, beliau melihat perkara ini sebagai salah satu keunikkan novel ini, dan bukan semua pembaca boleh menghadam apa yang penulis cuba sampaikan, tapi sebaliknya melalui novel ini, pembaca dapat merasainya seperti sedang menonton wayang.
-Sumber berita.
Jika anda ingin melaluinya dan merasainya. Jom bongkarkannya bersama kami.
Whatsapp kami: 0127395238 (amira)
follow Insta kami @jombuku
.
.
#semusimdibarzakh
#sdb
#sdbjombukustockejen
#kaba
#ketikaazazilberputusasa

KONSEP KEUSAHAWANAN

USAHAWAN ialah individu yang mengusahakan sesuatu perusahaan. PENIAGA ialah orang yang meniagakan sesuatu barang.

USAHAWAN ditakrifkan sebagai seseorang yang mengusahakan sesuatu perniagaan sehingga berjaya dengan motif memperoleh keuntungan di samping mengamalkan amalan-amalan yang strategik untuk terus berjaya.


KONSEP KEUSAHAWANAN

1. Sexton dan Bowman-Upton (1991) : satu proses mengenalpasti peluang-peluang dalam pasaran, menyusun sumber-sumber untuk mencapai objekttif dan tindakan seterusnya mengeksploitasi keperluan sumber-sumber bagi kepentingan peribadi dalam tempoh jangka masa panjang.

2. Coulter (2000) : satu proses di mana individu atau sekumpulan individu menggunakan usaha-usaha dan perantara untuk mencari peluang mencipta nilai dan pertumbuhan melalui memenuhi keperluan dan kehendak.

3. Hisrich dan Peters (2002) : satu proses penciptaan sesuatu yang baru ditambah nilai serta keperluan usaha dan masa, mengandaikan kewangan, psikik, dan risiko sosial serta menerima anugerah dalam bentuk wang dan kepuasan peribadi serta kebebasan. Manakala usahawan adalah penemu yang merevolusikan corak terkini melalui penemuan sumber atau outlet baru, pengorganisasian industri baru atau pengambil alihan sesetengah aktiviti inovatif. 

4. Kuratko dan Hodgets (2004) : satu proses inovasi dan penciptaan perniagaan baru melalui empat dimensi iaitu INDIVIDU, ORGANISASI, PERSEKITARAN, dan PROSES- dibantu oleh jaringan kerjasama kerajaan, pendidikan, dan institusi-institusi.

5. Kao (1995) : keusahawanan sebagai satu proses mencipta sesuatu yang baru (kreatif) dan berbeza (inovatif) bagi tujuan mencipta kekayaan untuk individu dan menambah nilai kepada masyarakat dan usahawan adalah orang yang melalui proses penciptaan kekayaan dan nilai tambah tersebut melalui inkubator idea-idea, penyusunan sumber-sumber dan seterusnya melaksanakannya.





                                       


VIDEO 1: JACK MA : HOW TO HAVE A SUCCESSFUL LIFE?

                                 
                                         

VIDEO 2: BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN?

                              
MAKE YOUR OWN PROFIT.. GET YOUR OWN MONEY... CREATE YOUR BETTER OWN LIFE..JUST IGNORE ABOUT ALL NEGATIVE WORDS AND VIEWERS THAT CAN MAKE YOU DOWN.

APRIL SHOWERS WILL BRING MAY FLOWERS..

PERSUING YOUR DREAM WHENEVER THAT ALL PEOPLE SAID IT IS IMPOSIBBLE.

I WOULD RATHER FACE THE RISK OF TRYING SOMETHING THAN I HAVE TO ENCOUNTEER THE BONDAGE OF IGNORANCE. (My Vision-IBI INTAKE December 2015)

Rujukan: Azrain Nasyrah Mustapa (Edisi Kedua), m/s 2-6, Pengenalan Kepada                     Keusahawanan, Prinsip-Prinsip Keusahawanan, New Tech park, Singapore.:                         Cengage Learning Asia Pte. Ltd.

Friday, 24 February 2017

A Great Welcome For You




This Flower is just for you..








NUR AMIRA SHAFEKA BINTI SUHAIMI



You are my flower which always make my life beautiful...

   Assalamualaikum and good evening to all of you. My name is Nur Amira Shafeka Binti Suhaimi from Malaysia. I am very proud to see and know all of you. What kind of thing that i will write in my blog is just want to share about my experience, knowledge or anything else that we can share together. This is my second blog i have because the first blog i had forgot my password..hahaha.. How's bad i am, right? By the way, nice to know you and wish have a great life..InshaAllah.. A happy greeting i wrote for you.. 

Sincerely by Amira Shafeka.