Saturday, 25 February 2017

KONSEP KEUSAHAWANAN

USAHAWAN ialah individu yang mengusahakan sesuatu perusahaan. PENIAGA ialah orang yang meniagakan sesuatu barang.

USAHAWAN ditakrifkan sebagai seseorang yang mengusahakan sesuatu perniagaan sehingga berjaya dengan motif memperoleh keuntungan di samping mengamalkan amalan-amalan yang strategik untuk terus berjaya.


KONSEP KEUSAHAWANAN

1. Sexton dan Bowman-Upton (1991) : satu proses mengenalpasti peluang-peluang dalam pasaran, menyusun sumber-sumber untuk mencapai objekttif dan tindakan seterusnya mengeksploitasi keperluan sumber-sumber bagi kepentingan peribadi dalam tempoh jangka masa panjang.

2. Coulter (2000) : satu proses di mana individu atau sekumpulan individu menggunakan usaha-usaha dan perantara untuk mencari peluang mencipta nilai dan pertumbuhan melalui memenuhi keperluan dan kehendak.

3. Hisrich dan Peters (2002) : satu proses penciptaan sesuatu yang baru ditambah nilai serta keperluan usaha dan masa, mengandaikan kewangan, psikik, dan risiko sosial serta menerima anugerah dalam bentuk wang dan kepuasan peribadi serta kebebasan. Manakala usahawan adalah penemu yang merevolusikan corak terkini melalui penemuan sumber atau outlet baru, pengorganisasian industri baru atau pengambil alihan sesetengah aktiviti inovatif. 

4. Kuratko dan Hodgets (2004) : satu proses inovasi dan penciptaan perniagaan baru melalui empat dimensi iaitu INDIVIDU, ORGANISASI, PERSEKITARAN, dan PROSES- dibantu oleh jaringan kerjasama kerajaan, pendidikan, dan institusi-institusi.

5. Kao (1995) : keusahawanan sebagai satu proses mencipta sesuatu yang baru (kreatif) dan berbeza (inovatif) bagi tujuan mencipta kekayaan untuk individu dan menambah nilai kepada masyarakat dan usahawan adalah orang yang melalui proses penciptaan kekayaan dan nilai tambah tersebut melalui inkubator idea-idea, penyusunan sumber-sumber dan seterusnya melaksanakannya.





                                       


VIDEO 1: JACK MA : HOW TO HAVE A SUCCESSFUL LIFE?

                                 
                                         

VIDEO 2: BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN?

                              
MAKE YOUR OWN PROFIT.. GET YOUR OWN MONEY... CREATE YOUR BETTER OWN LIFE..JUST IGNORE ABOUT ALL NEGATIVE WORDS AND VIEWERS THAT CAN MAKE YOU DOWN.

APRIL SHOWERS WILL BRING MAY FLOWERS..

PERSUING YOUR DREAM WHENEVER THAT ALL PEOPLE SAID IT IS IMPOSIBBLE.

I WOULD RATHER FACE THE RISK OF TRYING SOMETHING THAN I HAVE TO ENCOUNTEER THE BONDAGE OF IGNORANCE. (My Vision-IBI INTAKE December 2015)

Rujukan: Azrain Nasyrah Mustapa (Edisi Kedua), m/s 2-6, Pengenalan Kepada                     Keusahawanan, Prinsip-Prinsip Keusahawanan, New Tech park, Singapore.:                         Cengage Learning Asia Pte. Ltd.

No comments:

Post a Comment