GAMBAR I :Pencemaran Air |
Kisah
yang kita dapat kongsi daripada gambar diatas ialah pencemaran alam sekitar
yang berlaku akibat perbuatan zalim manusia. Gambar diatas menjelaskan tentang
pencemaran air yang terjadi disebabkan pembuangan sisa toksik dan minyak dari
sistem perkilangan yang berdekatan dengan persisiran laut. Memang tidak
dinafikan bahawa sistem perkilangan adalah salah satu penyumbang terbesar dalam
menjana pendapatan negara. Namun begitu, pembangunan dan pemprosesan sistem
perkilangan memerlukan gambaran dan kajian yang lebih teliti dan mendalam
sebelum beralih kearah fasa pembinaan dan pelaksanaan. Hal ini demikian kerana
manusia hidup bersama-sama dengan alam sekitar. Alam sekitar juga perlu
mendapatkan hak dan memelihara serta memulihara kebersihan alam sekitar adalah
dibawah tanggungjawab manusia yang diciptakan untuk menjadi khalifah di bumi.
Adakah situasi yang berlaku mempunyai perkaitan dengan amalan etika?
GAMBAR II: Pencemaran Udara |
Adakah
situasi yang berlaku mempunyai kaitan dengan amalan etika? Jawapannya adalah
ya. Kenapa saya berkata begitu? Hal ini demikian kerana pencemaran berlaku boleh
disebabkan oleh pelbagai faktor. Antara faktornya adalah pelepasan asap
kenderaan yang mengandungi Karbon Monoksida, pelepasan asap secara berleluasa
oleh perkilangan, dan penebangan pokok di hutan secara besar-besaran tanpa had.
Faktor-faktor yang disenaraikan mempunyai kaitan dengan amalan etika. Hal ini
demikian kerana individu yang beretika akan memikirkan manfaat dan kemudaratan
yang orang lain akan terima diatas perbuatan mereka. Perkara ini amat sinonim
dengan seseorang yang bergelar usahawan. Seorang usahawan perlu memikirkan
kebaikan serta implikasi kepada pelanggan terhadap produk yang mereka jual. Selain
itu, seorang usahawan juga perlu memikirkan kebersihan alam kerana menjadi
seorang usahawan sudah pasti akan mempunyai kilang untuk menghasilkan produk
jualan. Usahawan perlu memastikan perjalanan sistem perkilangannya tidak
memudaratkan alam sekitar supaya dapat berlaku adil terhadap hak manusia dan hak
alam sekitar.
Apakah tafsiran anda berkenaan keadaan ini?
GAMBAR III: Perbincangan |
Tafsiran saya berkaitan keadaan diatas adalah lebih menjurus ke arah perspektif yang positif. Hal ini bermaksud gambar diatas menjelaskan tentang beberapa orang pekerja yang sedang berbincang untuk menyelesaikan tugasan kerja berkumpulan mereka. Mereka memerlukan ruang yang tidak dipenuhi oleh ramai orang dan hanya ahli kumpulan sahaja yang terlibat. Oleh itu mereka lebih gemar untuk memilih sebuah bilik persendirian di dalam pejabat sebagai tempat yang efisien untuk kemudahan berbincang dengan ahli kumpulan kerja. Tempat yang efisien untuk aktiviti perbincangan adalah amat penting bagi memudahkan pencurahan idea yang bernas selain dapat memberi keselesaan kepada individu-individu yang berada di tempat tersebut.
ADAKAH KEHIDUPAN KITA DIDOMINASIKAN OLEH WANG? ADAKAH WANG MEMPUNYAI KAITAN DENGAN AMALAN ETIKA?
GAMBAR IV: Wang |
Adakah hidup kita didominasikan
oleh wang? Pada saya, kehidupan kita sekarang bukannya didominasikan oleh wang,
tetapi telah dikuasai sepenuhnya oleh wang. Mengapa saya berkata demikian? Hal ini
demikian kerana manusia pada zaman moden kini memandang nilai wang itu pada
martabat yang paling tinggi berbanding segalanya. Kita boleh melihat impak
tersebut pada masa kini, ramai yang memperjudikan maruah diri, keluarga, harta
benda dan segalanya semata-mata untuk mendapatkan jumlah wang yang banyak
dengan menggunakan jalan pintas tanpa memerlukan usaha yang gigih dan telus. Demi
nilai sekeping kertas, mereka sanggup menggadaikan masa depan semata-mata untuk
meraih kesenangan dan kemewahan pada masa sekarang. Mereka tidak menyedari
bahawa tindakan mereka yang tidak berperikemanusiaan itu akan memberi implikasi
buruk yang sangat besar pada masa akan datang kelak.
Wang juga amat berkaitan dengan
amalan etika. Hal ini demikian kerana bagi individu yang hidup berajakan iman
dan akal fikiran, mereka akan menggunakan wang itu kearah aktiviti dan amalan
yang beretika seperti memberi sedekah, memberi nafkah kepada keluarga,
menunaikan tanggungjawab kepada agama, masyarakat da negara. Manakala, bagi
manusia yang hidup berajalkan nafsu berbanding iman dan akal fikiran, mereka
berasa wang itu adalah segalanya. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk
mendapatkan wang yang banyak demi memuaskan kehendak nafsu yang sememangnya
sifat nafsu itu memang tidak pernah akan puas.
Oleh itu, akal fikiran yang telah
dianugerahkan oleh Allah hendaklah kita gunakan untuk berfikir antara positif
dan negatif. Sememangnya wang adalah aset yang penting untuk kita gunakan namun
janganlah sampai ke tahap hendak memperjudikan masa depan dan segalanya. Memang
benar bahawa wang bukan segalanya tetapi segalanya memerlukan wang. Tepuk dada,
tanya iman.
No comments:
Post a Comment