Nama saya Amira. Saya seorang mahasiswi tahun pertama yang mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti dengan Kepujian di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. saya mempunyai ramai kawan daripada pelbagai jurusan dan saya juga memiliki pelbagai 'Whatsapp Group' di dalam aplikasi telefon pintar saya. ramai ahli kumpulan aplikasi Whatsapp yang menyebarkan iklan perniagaan dan menyatakan bahawa penghantaran barang dan produk adalah percuma di setiap inasis. ramai rakan saya juga mula menjinakkan diri ke dalam dunia perniagaan dengan memulakan bisnes kecilan di dalam universiti ini, namun begitu, mereka mula mendapat komen negatif daripada pelanggan yang juga terdiri daripada kalangan mahasiswa dan mahasiswi di universiti ini bahawa penghantaran barangan sangat lambat dan tidak menepati masa yang telah dijanjikan. ramai rakan saya yang menjalankan perniagaan mengeluarkan keluhan dan merungut memikirkan bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah tersebut. selain daripada itu, saya juga mendapati ramai kawan saya yang mengeluh memikirkan bagaimana cara untuk menghantar atau mengirim barang kepada rakan mereka yang lain yang tinggal di inasis yang sangat jauh daripada inasis rakan saya. kadang kala, penghantaran barang itu memerlukan waktu yang panjang untuk disampaikan.
apabila saya menganalisis masalah yang dihadapi oleh rakan-rakan saya, saya melihat satu peluang untuk saya membuat perniagaan. saya sedar kehidupan sebagai seorang mahasiswa universiti tidaklah seindah seperti orang luar fikirkan. masalah kewangan itu sudah menjadi perkara biasa untuk mahasiswa dan mahasiswi di universiti. tambahan pula, saya mempunyai banyak masa lapang dan saya lebih kepada menonton cerita di komputer riba, mendengar lagu, bersiar-siar bersama rakan, dan selebihnya saya lebih suka tidur. oleh itu, saya memikirkan tentang peluang yang terbentang luas disepan mata saya ini. jika saya tidak merebut peluang ini, saya sendiri yang akan rugi. saya mula merasakan bahawa tidak salah kalau saya mengambil kesempatan diatas masalah yang dihadapi oleh rakan-rakan saya. saya mula memikirkan untuk memulakan perniagaan dalam bentuk perkhidmatan sambil dapat menambah pendapatan wang saku saya.
setelah saya memikirkan peluang tersebut, saya membuat keputusan untuk memulakan perniagaan sebagai seorang 'RUNNER' di universiti ini. saya menyatakan cadangan saya ini kepada rakan-rakan saya terutamanya yang membuat perniagaan, meteka menyokong cadangan saya dan melantik saya sebagai 'RUNNER' mereka. saya berasa sangat teruja untuk memulakan perniagaan ini. tambahan lagi, saya mempunyai motosikal kepunyaan keluarga yang diposkan ke sini untuk kegunaan harian saya. dengan kemudahan yang saya miliki, memudahkan saya untuk menjalankan perniagaan saya sebagai seorang 'RUNNER' dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakan-rakan saya. Alhamdulillah, kini saya boleh menjana pendapatan wang saku saya sendiri sebagai seorang mahasiswi di universiti ini. semoga Allah mempermudahkan segala urusan saya dan rakan-rakan saya yang lain. moga ada keberkatannya. AMIN..
No comments:
Post a Comment